Sunday, 24 June 2018

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN NURUL SYIFAA' BT IBRAHIM

Berikut adalah pautan ke Laporan Kajian Tindakan. Sila klik pada pautan berikut.

https://drive.google.com/file/d/1EUokb44XOoWA_O4UeyfL_VsTuJmXZKCO/view?usp=sharing

PENILAIAN MAKROPENGAJARAN 2 NURUL SYIFAA' BT IBRAHIM

Berikut adalah penilaian oleh Cikgu Haslina. Sila klik pada pautan berikut.

https://drive.google.com/file/d/1p2cCsNzB-ujk7cQBeRsXBSutMPmeizjZ/view?usp=sharing


Berikut adalah penilaian oleh Cikgu Haziq. Sila klik pada pautan berikut.

https://drive.google.com/file/d/1cwBhAtR6QFGpzAPPUP9KgeG4hCF7a6xE/view?usp=sharing

REFLEKSI MAKROPENGAJARAN 1, 2 DAN 3


Refleksi Makro Pengajaran 1

Tarikh
10 April 2018
Kelas
4 Perdana
Matapelajaran
Kesusasteraan Melayu
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran Utama (HPU)
6.0 Menganalisis gaya bahasa dalam puisi

Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)
6.1 Menerangkan definisi gaya bahasa dalam puisi
6.2 Menerangkan diksi,dialek,bahasa asing,bahasa istana,bahasa arkaik,dan peribahasa dalam puisi.
BBM/ Bahan sumber yang digunakan
Pen Marker, Buku Teks dan Papan Putih.
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana stategi telah dilaksanakan)
Strategi pengajaran yang digunakan oleh guru ialah berpusatkan murid. Hal ini boleh dilihat berdasarkan bagaimana guru interaksi dua hala di bilik darjah dan guru telah membuat aktiviti yang bersesuaian dengan topik pengajaran iaitu berkaitan dengan gaya bahasa. Pendekatan yang guru gunakan dalam pengajaran ini adalah pendekatan Struktural. Selain itu, guru juga telah menggunakan beberapa kaedah antara kaedah yang digunakan oleh guru adalah kelas, kumpulan, individu, perbincangan dan penerangan. Guru menerangkan definisi gaya bahasa dan aspek gaya bahasa. Ini menunjukan bahawa kaedah yang digunakan adalah kaedah penerangan. Selain itu, kaedah individu pula melibatkan murid untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Disamping itu, guru juga telah menggunakan kaedah perbincangan. Guru menggunakan komunikasi dua hala dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang baik. Seterusnya teknik yang digunakan ialah soal jawab dan juga teknik berbincang.
Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
Hasil pembelajaran melalui pemerhatian saya tidak dapat mencapai objektif. Hal ini kerana semasa kelas dimulakan saya tidak memberikan pendefinisian secara khusus kepada murid mengenai gaya bahasa. Semasa sesi soal jawab berlangsung kebanyakkan murid tidak mengetahui pantun-pantun lama dan tidak dapat memberikan pantun yang tepat kepada guru. Semasa aktiviti pertama dilakukan, segelintir murid sahaja yang dapat melekatkan jawapan yang tepat di dalam Aktiviti Stesen JawapanKu. Sebahagian murid lagi tidak dapat membezakan gaya bahasa tertentu dengan contoh yang tepat. Setelah selesai aktiviti yang pertama, saya meneruskan kepada aktiviti yang kedua di mana murid perlu menyenaraikan 10 jenis gaya bahasa yang diketahui. Setelah selesai menyenaraikan gaya bahasa yang diminta, saya mengarahkan mereka untuk memberikan definisi serta contoh yang sesuai dengan gaya bahasa yang ditulis. Namun begitu, sebahagian daripada murid tersebut tertukar jawapan yang diberikan dengan gaya bahasa yang lain. 
Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/ aktif? Kalau ya bagaimana saya tahu? Kalau tidak-mengapa?
Pada mulanya murid merasa teruja dengan aktiviti yang dijalankan namun begitu apabila saya bersoal jawab dengan mereka, mereka teragakagak untuk memberikan jawapan kerana bimbang jawapan yang diberikan itu salah. Saya menggalakkan murid-murid untuk bergiat aktif semasa sesi aktiviti dijalankan dengan cara memberikan imbuhan kepada mereka berupa hadiah berbentuk pen dan liquid paper.  Didalam aktiviti yang pertama iaitu Stesen JawapanKu murid-murid kelihatan gembira untuk menjawab soalan kerana aktiviti tersebut mudah dan menyeronokkan. Aktiviti itu hanya memerlukan murid-murid melekatkan jawapan yang tepat ke dalam setiap helaian
 kertas A4 berwarna. Aktiviti kedua pula
 meminta murid agar menulis gaya bahasa yang diingati di hadapan papan putih.Melalui aktiviti ini murid-murid dapat mengingati kembali gaya bahasa yang pernah dipelajari mereka.
Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya?
Mengapa?
Guru tidak mengubah rancangan pengajaran. Guru telah menjalankan pengajaran mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Namun begitu terdapat sedikit masalah ketika sesi soal jawab dijalankan kerana murid-murid kelihatan malu untuk menyatakan jawapan mereka. Setelah diberikan imbuhan barulah penglibatan yang aktif dapat dilihat.
Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkan pelajaran ini lagi?
Bagi mempertingkatkan pengajaran, guru perlu memberikan definisi dan contoh sedikit mengenai topik yang ingin diajar supaya murid-murid dapat memahami serba sedikit mengenai topik pembelajaran pada hari tersebut. Ketika pengajaran guru telah menggunakan rujukan yang berkaitan dengan definisi gaya bahasa dan aspek gaya bahasa. Guru juga perlu menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih menarik agar dapat menarik minat murid.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza?
Mengapa?
Jika diberikan peluang untuk mengajar sekali lagi, guru akan membuat pengajaran dengan menggunakan teknologi ICT. Menggunakan teknologi ICT ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan muid juga akan menjadi lebih teruja dengan tayangan video yang menyeronokkan.
Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.
Teori yang digunakan dalam pengajaran ini ialah teori pembelajaran pembentukan kebiasaan. Teori ini sebagai satu kegiatan mekanis iaitu sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata dan teori ini cuba menunjukkan bahawa tingkah laku adalah ditentukan oleh
 faktor luaran seperti memberi ganjaranyang
 menguatkan hubungan rangsangan dan gerak balas. Jika dilihat dari sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru telah membuat aktivtiti yang menyentuh topik yang dipelajari semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada langkah pertama guru meminta murid untuk menyataka definisi gaya bahasa secara ringkas dan aspek gaya bahasa beserta maksudnya sekali. Aktiviti ini menguji kefahaman murid mengenai topik yang telah dipelajari pada waktu tersebut. Hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat latihan pembelajaran yang dilaksanakan oleh murid.



Refleksi Makro Pengajaran 2

Tarikh
22 Mei 2018
Kelas
4 Perdana
Matapelajaran
Kesusasteraan Melayu
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran Utama (HPU)
6.0 Menganalisis gaya bahasa dalam puisi

Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)
6.1 Menerangkan definisi gaya bahasa dalam puisi
6.2 Menerangkan diksi,dialek,bahasa asing,bahasa istana,bahasa arkaik,dan peribahasa dalam puisi.
BBM/ Bahan sumber yang digunakan
Youtube, Powerpoint, Komputer riba, LCD, Projektor
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana stategi telah dilaksanakan)
Strategi pengajaran yang digunakan oleh guru ialah berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Hal ini dapat dilihat apabila guru menghasilkan interaksi dua hala di bilik darjah bersama murid. Guru juga dikatakan menggunakan strategi berpusatkan bahan apabila menggunakan bahan bantu mengajar di dalam setiap aktiviti yang disediakan dalam setiap langkah pengajaran. Guru juga menggunakan bantuan bahan teknologi apabila menggunakan LCD serta Projector untuk memberikan gamabaran yang lebih jelas kepada murid. Pendekatan yang guru gunakan dalam pengajaran ini adalah pendekatan Struktural. Selain itu, guru juga telah menggunakan beberapa kaedah antara kaedah yang digunakan oleh guru adalah kelas, kumpulan, individu, perbincangan dan penerangan. Guru telah menerangkan secara terperinci mengenai definisi gaya bahasa dan aspek gaya bahasa sebelum memulakan aktiviti. Guru juga bertanyakan kepada murid sama ada mereka faham atau tidak mengenai penerangan yang telah diberikannya.
Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
Hasil pembelajaran melalui pemerhatian saya telah mencapai objektif. Hal ini kerana semasa memulakan aktiviti, saya menerangkan serba sedikit mengenai topik yang akan disampaikan pada hari tersebut kepada kelas. Penerangan secara khusus kepada murid-murid akan meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik yang akan disampaikan. Setelah penerangan mengenai gaya bahasa dijelaskan secara terperinci  saya telah melakukan soal jawab bersama murid-murid dengan menayangkan video Lagu Lemak Manis di hadapan kelas. Setelah selesai video ditayang, saya bertanya kepada murid mengenai gaya bahasa apakah yang terkandung di dalam video tersebut dan murid-murid dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai apa yang ditanya. Semasa aktiviti pertama berlangsung iaitu aktiviti Kotak Muzik berlangsung terdapat segelintir murid tidak dapat memnberikan definisi serta contoh bagi sesetengah gaya bahasa namun saya mengambil pendekatan dengan memberikan denda yang berkaitan dengan subjek Kesusasteraan Melayu. Selesai menjalankan denda saya memberikan maksud dan contoh yang betul kepada mereka agar mereka dapat mengetahui maksud dan contoh yang tepat. Semasa sesi aktiviti kedua, iaitu Kad Minda, kesemua soalan yang diberikan dapat dijawab dengan betul oleh semua murid yang dipanggil ke hadapan. Dan untuk aktiviti yang terakhir iaitu lembaran kerja, semua murid dapat menjawab soalan yang diberikan dan mendapat markah 10 per 10 kerana sudah menguasai tahap pembelajaran pada hari tersebut .
Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/ aktif? Kalau ya bagaimana saya tahu? Kalau tidak-mengapa?
Semua murid merasa teruja untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan saya kerana aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut sangat menarik minat dan perhatian mereka. Mereka memberikan tumpuan kepada setiap pengajaran yang dilakukan oleh saya. Setiap jawapan betul yang diberikan oleh mereka akan diberikan ganjaran oleh itu mereka merasa teruja dan gembira untuk menjawab semua soalan yang diajukan dan gembira untuk melaksanakan aktiviti bersama-sama. Hal ini kerana apabila pemahaman mereka sudah meningkat sudah pasti ia akan membuatkan murid bersemangat untuk menjawab soalan. Melalui lembaran kerja pula,mereka sedaya upaya cuba untuk menjawab dengan betul setiap soalan yang dituliskan di dalam lembaran kerja tersebut.

Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya?
Mengapa?
Guru tidak mengubah rancangan pengajaran. Guru telah menjalankan pengajaran mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Namun begitu terdapat sedikit masalah ketika sesi soal jawab dijalankan kerana murid-murid kelihatan malu untuk menyatakan jawapan mereka. Setelah diberikan imbuhan barulah penglibatan yang aktif dapat dilihat.
Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkan pelajaran ini lagi?
Bagi mempertingkatkan pengajaran, guru perlu menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih berbentuk pembelajaran abad ke 21 sebagai contoh dengan menggunakan gajet menerusi aplikasi-aplikasi tertentu.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza?
Jika diberikan peluang untuk mengajar sekali lagi, saya akan melakukan aktiviti di dalam kumpulan untuk meransang perkembangan minda dan juga memupuk kerjasama di
Mengapa?
 antara murid yang pintar dan juga lemah.
 Kerana dengan membuat aktiviti di dalam kumpulan ia akan lebih memberi peluang untuk pelajar yang lemah bertanya kepada rakan-rakan yang pintar jika mereka malu untuk bertanya kepada guru.
Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.
Teori yang digunakan dalam pengajaran ini ialah teori pembelajaran pembentukan kebiasaan. Teori ini sebagai satu kegiatan mekanis iaitu sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata dan teori ini cuba menunjukkan bahawa tingkah laku adalah ditentukan oleh
 faktor luaran seperti memberi ganjaranyang
 menguatkan hubungan rangsangan dan gerak balas. Jika dilihat dari sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru telah membuat aktivtiti yang menyentuh topik yang dipelajari semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada langkah pertama guru meminta murid untuk menyataka definisi gaya bahasa secara ringkas dan aspek gaya bahasa beserta maksudnya sekali. Aktiviti ini menguji kefahaman murid mengenai topik yang telah dipelajari pada waktu tersebut. Hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat latihan pembelajaran yang dilaksanakan oleh murid.


Refleksi Makro Pengajaran 3

Tarikh
30 Mei 2018
Kelas
4 Perdana
Matapelajaran
Kesusasteraan Melayu
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran Utama (HPU)
4.0 Menganalisis watak dan perwatakan dalam karya prosa.
Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)
4.1 Menerangkan definisi watak dan perwatakan.
4.2 Menerangkan jenis watak dalam karya.
4.3 Menganalisis perwatakan luaran dan dalaman watak dalam karya
BBM/ Bahan sumber yang digunakan
Youtube, Powtoon, Komputer riba, LCD, Projektor
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana stategi telah dilaksanakan)
Strategi pengajaran yang digunakan oleh guru ialah berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Hal ini dapat dilihat apabila guru menghasilkan interaksi dua hala di bilik darjah bersama murid. Guru juga dikatakan menggunakan strategi berpusatkan bahan apabila menggunakan bahan bantu mengajar di dalam setiap aktiviti yang disediakan dalam setiap langkah pengajaran. Guru juga menggunakan bantuan bahan teknologi apabila menggunakan LCD serta Projector untuk memberikan gamabaran yang lebih jelas kepada murid. Pendekatan yang guru gunakan dalam pengajaran ini adalah pendekatan Struktural. Selain itu, guru juga telah menggunakan beberapa kaedah antara kaedah yang digunakan oleh guru adalah kelas, kumpulan, individu, perbincangan dan penerangan.
Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
Hasil pembelajaran melalui pemerhatian saya telah mencapai objektif. Hal ini kerana semasa memulakan aktiviti, saya menggunakan bantuan teknologi seperti Youtube dan Powtoon untuk melancarkan lagi proses pemahaman. Setelah selesai video ditayang, saya bertanya kepada murid mengenai watak dan perwatakan apakah yang terkandung di dalam video tersebut dan murid-murid dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai apa yang ditanya. Semasa aktiviti pertama berlangsung iaitu aktiviti Murni Ingatan berlangsung guru telah meminta pelajar untuk mengingati semula apa itu watak dan perwatakan. Kemudian guru meminta pelajar untuk memberikan maksud bagi watak dan perwatakan. Setelah itu, guru menayangkan Powtoon kepada murid-murid agar mereka lebih jelas mengenai apa yang dipelajari pada hari tersebut. Semasa sesi aktiviti kedua, iaitu Kad Bergambar, guru telah meminta murid untuk mengambil dua watak setiap seorang dan diberikan watak dan perwatakan berdasrkan Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah. Kesemua soalan yang diberikan dapat dijawab dengan betul oleh semua murid yang dipanggil ke hadapan.
















Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/ aktif? Kalau ya bagaimana saya tahu? Kalau tidak-mengapa?
Semua murid merasa teruja untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan saya kerana aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut sangat menarik minat dan perhatian mereka. Mereka memberikan tumpuan kepada setiap pengajaran yang dilakukan oleh saya. Setiap jawapan betul yang diberikan oleh mereka akan diberikan ganjaran oleh itu mereka merasa teruja dan gembira untuk menjawab semua soalan yang diajukan dan gembira untuk melaksanakan aktiviti bersama-sama. Hal ini kerana apabila pemahaman mereka sudah meningkat sudah pasti ia akan membuatkan murid bersemangat untuk menjawab soalan. Melalui lembaran kerja pula,mereka sedaya upaya cuba untuk menjawab dengan betul setiap soalan yang dituliskan di dalam lembaran kerja tersebut.

Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya?
Mengapa?
Guru tidak mengubah rancangan pengajaran. Guru telah menjalankan pengajaran mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Namun begitu terdapat sedikit masalah ketika sesi soal jawab dijalankan kerana murid-murid kelihatan malu untuk menyatakan jawapan mereka. Setelah diberikan imbuhan barulah penglibatan yang aktif dapat dilihat.
Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkan pelajaran ini lagi?
Bagi mempertingkatkan pengajaran, guru perlu menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih berbentuk pembelajaran abad ke 21 sebagai contoh dengan menggunakan gajet menerusi aplikasi-aplikasi tertentu.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza?
Jika diberikan peluang untuk mengajar sekali lagi, saya akan melakukan aktiviti di dalam kumpulan untuk meransang perkembangan minda dan juga memupuk kerjasama di
Mengapa?
 antara murid yang pintar dan juga lemah.
 Kerana dengan membuat aktiviti di dalam kumpulan ia akan lebih memberi peluang untuk pelajar yang lemah bertanya kepada rakan-rakan yang pintar jika mereka malu untuk bertanya kepada guru.
Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.
Teori yang digunakan dalam pengajaran ini ialah teori pembelajaran pembentukan kebiasaan. Teori ini sebagai satu kegiatan mekanis iaitu sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata dan teori ini cuba menunjukkan bahawa tingkah laku adalah ditentukan oleh
 faktor luaran seperti memberi ganjaranyang
 menguatkan hubungan rangsangan dan gerak balas. Jika dilihat dari sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru telah membuat aktivtiti yang menyentuh topik yang dipelajari semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada langkah pertama guru meminta murid untuk menyataka definisi gaya bahasa secara ringkas dan aspek gaya bahasa beserta maksudnya sekali. Aktiviti ini menguji kefahaman murid mengenai topik yang telah dipelajari pada waktu tersebut. Hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat latihan pembelajaran yang dilaksanakan oleh murid.



RPH MAKROPENGAJARAN 3

Berikut adalah pautan untuk ke RPH MAKROPENGAJARAN 3. Sila klik pautan berikut.

https://drive.google.com/file/d/1qYJk7mGepYYRnhv1qshPRpF37oJdjc3g/view?usp=sharing

RPH MAKROPENGAJARAN 2

Berikut adalah pautan untuk ke RPH MAKROPENGAJARAN 2. Sila klik pautan tersebut.

https://drive.google.com/file/d/1ooFCbLF-TdZsZuhDEfP_AcT0T7RIhyDW/view?usp=sharing